PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Tuesday, June 1, 2010

LAWATAN MUHIBBAH SMK SIMPANG GELAMI, JELEBU

Lawatan Muhibbah yang disertai bersama SMK Simpang Gelami, Jelebu dan SMK Bandar Baru Serting baru-baru ini membuka satu peluang baru kepada pengawas kedua-dua buah sekolah untuk mengenali diri mereka dengan lebih mendalam selaku pemimpin pelajar. Badan Pengawas SMK Bandar Baru Serting mengalu-alukan kehadiran Badan Pengawas SMK Simpang Gelami pada 15 Mei 2010 yang diketuai oleh GPK HEM En. Mamat Bin Bujang dan En. Azhar serta guru-guru pengiring badan pengawas yang lain. Turut bersama dalam lawatan muhibbah ialah wakil dari sekolah SMKBBS yang diketuai oleh Pn. Hajah Fatimah Bt Wan Abdullah , En. Shaik Abdul Rahim, Pn. Norulhuda Baharom ,Ustaz Suhaimi , Cik Nor Azimah, En. Khairul Puasa dan semua kepimpinan badan pengawas SMKBBS yang telah bersama-sama memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti. Harapan agar melalui lawatan ini akan ada sedikit pengalaman yang diperolehi oleh kedua-dua badan kepimpinan sekolah dalam melicinkan pentadbiran badan pengawas masing-masing.

Sekian terima kasih ................





Sambutan Tetamu .............



Sesi Perkongsian Ilmu .......

Berkongsi cederahati......


Sukaneka ( Makan cepat dia kenyang ......)

Sukaneka ( Mengisi air dalam botol...)
Sukaneka ( Lari dalam guni.....)

( Ketua Pengawas SMKBBS vs SMKSG)

No comments:

Post a Comment