PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Friday, April 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN 2011



VIDEO SEPANJANG KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Kursus kepimpinan pengawas tahun 2011 telah berjaya diadakan seperti dalam takwim perancangan tahunan badan pengawas. Kursus ini diadakan dari 25 Mac hingga 27 Mac tahun 2011 bertempat di Jeram Gading Resort,Kg. Chennah, Jelebu. Kursus kali ini melibatkan penyertaan paling ramai dengan 70 orang pengawas dan 12 orang bukan pengawas. Kursus kali ini juga mencatat sejarahnya sendiri dengan aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh fasilitator yang terdiri dari kalangan organisasi induk badan pengawas. Pelbagai aktiviti yang telah diatur antaranya ialah Pertandingan Memasak, Jungle Tracking, Merempuh halangan, Pertandingan Persembahan Kebudayaan, Six-Sense, Ceramah dan banyak lagi. Kursus kali ini juga telah mencatat sejarah dengan kehadiran Tuan Pengetua EN. ABD HALIM MD YUNUS dalam majlis penutupan. Dalam majlis ini ucapan tuan pengetua menyentuh perasaan kebanyakkan guru serta pengawas kerana majlis ini adalah majlis terakhir beliau bersama warga sekolah SMKBBS kerana beliau telah melaporkan diri sebagai pengetua di SMK Mambau. Para peserta kursus telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang kursus dan menjayakan kursus kepimpinan pengawas dengan jayanya.

*Ingin gambar kenangan sepanjang kursus, Lawati Facebook Badan Pengawas untuk Download.

No comments:

Post a Comment