PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Sunday, January 30, 2011

ORENTASI PENGAWAS TAHUN 2011

Program Orentasi Pengawas pada tahun ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Januari 2011 (Sabtu) dengan penglibatan semua pengawas baru dan lama iaitu sermai 77 orang. Banyak program telah disusun oleh AJK tertinggi badan pengawas untuk memastikan para peserta tidak rasa bosan dan menjemukan. Pada tahun ini program orentasi diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya tarian chicken dance/Poco-poco, Cari harta karun, Sisa toksid dan beberapa aktiviti dalam kumpulan yang secara tidak langsung memeriahkan orentasi pada tahun ini. Badan pengawas mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya Tuan Pengetua En. Abd Halim Bin Md Yunus kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM 300.00 bagi menjayakan orentasi pada tahun ini. Badan pengawas juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hajah Fatimah Wan Abdullah, En. Shaik Abdul Rahim, Pn. Nurolhuda Baharom dan Pn Habsah atas sokongan serta komitmen yang telah di berikan sepanjang berlangsungnya program ini ........











**** RUJUK FACE BOOK BADAN PENGAWAS SMKBBS UNTUK DOWNLOAD GAMBAR DAN VIDEO.... TQ

No comments:

Post a Comment