PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Tuesday, September 7, 2010

PROGRAM 'KAMI ANAK MALAYSIA"





Program 'Kami Anak Malaysia" merupakan salah satu program yang dirancang khas untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 53 tahun peringkat sekolah. Program ini dikendalikan dibawah unit HEM dengan mengabungkan tenaga Badan Pengawas Sekolah dan Unit Kesihatan Sekolah yang dikendalikan oleh En. Shaik Abdul Rahim Bin Shaik Akbar selaku ketua guru penasihat. Program ini mendapat sambutan yang baik dari pihak pentadbiran sekolah dan sebanyak RM 100.00 diluluskan oleh pengetua untuk menjayakanya. Pelajar telah mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan setiap banner yang dirancang. Sentehun terakhir dari pengetua dan guru-guru penolong kanan menyempurnakan simbolik pelancaran kedua-dua banner yang dihasilkan oleh pelajar. Program ini amat berharga bagi mereka yang terlibat secara langsung kerana inilah kali pertama mereka merasai pengalaman menghasilkan banner dengan menggunakan kreativiti pelajar itu sendiri. Terima kasih kepada semua yang telah berjaya menghasilkan program ini .......

No comments:

Post a Comment