PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Tuesday, February 14, 2012

HARI ORENTASI BADAN PENGAWAS 2012






POST MORTEM PROGRAM HARI ORENTASI PENGAWAS 2012

Tarikh : 7 Januari 2012 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 Tgh

Tempat: Taman Reakreasi, Bandar Seri Jempol

Peserta : 87 orang pengawas ( 2 orang pengawas tidak hadir kerana kecemasan)

Guru Terlibat :- 1. En Shaik Abdul Rahim Bin Shaik Akbar

2. Pn. Nurolhuda Bt Mohd Baharom

3. Cik Norasiah Bt Mohd Salleh

4. Pn Nazariyah Bt Md Nor (Kaunselor)

5. Pn. Hajah Fatimah Bt Wan Abdullah ( PK HEM)

Tentatif Program:-

MASA

AKTIVITI

CATATAN

0730 – 0800

Pendaftaran peserta

Pembahagian kumpulan

Taklimat ringkas

Ketua Umum

Ketua /Penolong Ketua Pengawas

0800 – 0900

Suai Kenal/ “Brain Storming”

Ketua Umum, Ketua/Penolong Ketua Pengawas

0900 – 1030

Permainan Minda/ Permainan Motivasi

En. Shaik Abdul Rahim (Guru Pengawas)

1030 – 1100

Minum Pagi

Pn. Norulhuda Baharom

1100 – 1200

Ceramah

“Pemimpin Tunggak Kejayaan Organisasi”

Pn. Nazariyah Bt Md Nor

1230-1300

Makan Tengahari

Cik Norasiah Md Salleh

1300

Bersurai












Laporan Ringkas Aktiviti:-

Program Orentasi Pengawas pada tahun ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 Januari 2011 (Sabtu) dengan penglibatan semua pengawas baru dan lama iaitu seramai 87 orang. Banyak program telah disusun oleh AJK tertinggi badan pengawas untuk memastikan para peserta tidak rasa bosan dan menjemukan. Pada tahun ini program orentasi diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya senaman aerobik, aktiviti suai kenal, aktiviti merentas halangan dan beberapa aktiviti dalam kumpulan yang secara tidak langsung memeriahkan orentasi pada tahun ini. Badan pengawas mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Pengetua Pn. Hajjah Norhayati Bt Mat Nor kerana sudi merasmikan hari orentasi pengawas bagi tahun 2012 serta meluluskan peruntukan bagi menjayakan orentasi pada tahun ini. Badan pengawas juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hajah Fatimah Wan Abdullah, En. Shaik Abdul Rahim, Pn. Nurolhuda Baharom, Cik Norasiah Bt Md Salleh dan semua AJK serta pengawas atas sokongan serta komitmen yang telah di berikan sepanjang berlangsungnya program ini. Program ini dapat di jayakan dengan baik oleh pengawas sendiri tanpa melibatkan bebanan pada guru. Para pengawas begitu seronok sepanjang mengikuti program ini.


No comments:

Post a Comment