PENGAWAS CEMERLANG ORGANISASI GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

Saturday, April 23, 2011

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2011



Majlis Watikah Pelantikan Pengawas tahun 2011 merupakan majlis watikah pelantikan yang penuh bermakna bagi para pengawas, ini kerana pada tahun ini guru penasihat pengawas dengan kerjasama yang kuat dari para pengawas telah berjaya menghasilkan vest serta membuat kad nama pengawas seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung awal tahun ini. Vest yang dihasilkan menelan belanja yang besar dan dalam kesempatan ini badan pengawas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SMK Bandar Baru Serting yang telah menyumbangkan sebanyak RM 7.00 untuk vest dan RM 3.00 untuk kad nama manakala baki perbelanjaan telah ditanggung oleh pengawas.

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas tahun ini telah bersama-sama YS Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol. Pegawai kanan II Bomba Tuan Mohd Yusof telah menhadirkan diri tepat jam 8.00 pagi dan telah merasmikan majlis watikah kali ini. Beliau juga telah menyampaikan ucapan yang penuh bermakna bagi para pengawas serta pelajar secara tidak langsung serta telah berkongsi bersama para pengawas tentang pengalaman beliau semasa menjadi pengawas sekolah. Dalam majlis ini juga beliau telah menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada 78 orang pengawas serta telah secara rasminya menyarungkan vest dan tanda nama kepada jawatankuasa tertinggi pengawas.

Majlis watikah pelantikan ini berjalan lancar dengan sokongan yang kuat yang telah diberikan oleh para pengawas serta guru penasihat pengawas serta tidak lupa kepada unit Hem serta pentadbiran sekolah tuan pengetua. Harapan penganjur agar majlis watikah ini menjadi satu majlis tahunan bagi menghargai sumbangan pengawas setiap tahun dan harapan tambahan agar majlis ini menjadi sebuah majlis yang memartabatkan pemimpin pelajar diperingkat sekolah.

No comments:

Post a Comment